Pages

Monday

Chinta Sang Rembulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan,

Terima kasih kerana review blog saya ini ^_^

Mungkin ada di antara kita berminat tentang resipi western saya, ingin mengetahui perkembangan terbaru serta apa yang menarik minat untuk dikongsi bersama, 'something exciting' jadi ini adalah peluang terbaik. So keep following yea!

Setiap hari pasti ada suka dan duka. Ada yang datang mencabar, ada yang menguji iman dan ada yang tak dapat diungkap melalui kata-kata. Dugaan atau kurniaan yang diberikan perlu kita sisip rapi di ingatan kita supaya lebih tenang menghadapi cabaran; dan yang pasti akan ada yang terbaik menanti di sebalik tangisan dan kesedihan.

Blog "Indahnya Hadiah dari Allah s.w.t." mampu memberi sedikit pengalaman untuk dijadikan pedoman dan teladan kepada mereka yang ingin mengetahui kerana adakala apa yang kita lalui, kita tidak lalui sendirian. Pasti ada mereka di luar sana yang mengalami nasib yang sama dan mungkin lebih menderita daripada kita. Penantian untuk mengakhiri penderitaan itu umpama pungguk yang menanti Chinta Sang Rembulan, lama ditunggu kunjung tak tiba; tetapi semakin indah apabila ketibaannya menjelang.

Saya pasti akan berkongsi cerita dan perkara yang menarik dalam hidup saya. Mungkin boleh membantu sesiapa yang ingin kepastian sekiranya kehidupan anda ada persamaan dengan orang lain. Yang pasti, I cant wait to write something new each day!

..::: With lots of Love :::..

'Tuhanmu berkata, "Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku, kelak masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hida dina"' - Surah al-Mukminun, ayat 60.