Pages

Monday

Dasyatnya Doa Ibu

Karya: Syamsuddin Noor
Terbitan: PTS Millennia Sdn Bhd

Buku ini mengupas betapa hebatnya doa seorang ibu yang amat tinggi martabatnya di sisi Allah serta kekuatan doa ibu mampu menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Berkat doa ibu sangatlah tajam dan rintihan serta doa kasih ibu kepada Allah untuk anaknya, amat tinggi nikmatnya!

Tertarik dengan salah satu cerita mengenai dua orang anak, Amin dan Adi, dimana Amin seorang yang kuat beribadat manakala adikknya Adi seorang yang sukakan maksiat. Walaubagaimanapun, Adi telah nekad untuk berubah setelah merasakan dirinya bosan dengan maksiat. Maka pergilah dia ke masjid untuk menunaikan solat. Walhal Amin pula, dia dihasut oleh syaitan untuk pergi ke rumah pelacuran yang di buka oleh adiknya Adi. Tiba-tiba gempa bumi berlaku dan Adi mati dalam husnul khatimah dan Amin mati dalam pelukan si pelacur. Si ibu kepada dua anak ini sedar, bahawa dia tidak pernah mendoakan Amin kerana menganggap anak itu soleh. Dia terlupa memohon daripada Allah supaya Amin tetap taat dan istiqamah kerana selama ini dia hanya berdoa untuk Adi berubah menjadi anak yang soleh.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan bahawa ibu orang yang paling berhak dipatuhi setelah tiga kali berturut-turut ditanyakan oleh Abu Hurairah dan hanya jawapan yang keempat barulah bapa. Hal ini amatlah dititik berat oleh Rasulullah dan sekaligus menunjukkan bahawa mulianya kedudukan ibu berbanding kedudukan seorang bapa. Begitu suci sekali taraf seorang ibu dan berhaklah kita mendoakan yang terbaik kepadanya.

Marilah membaca buku ini sejenak untuk menyingkap kisah-kisah teladan dari zaman Nabi dan Rasul yang menyatakan kasih dan doa ibu itu amat berharga Maka kita sebaik-baiknya mendengar setiap kata ibu serta senantiasa mendoakan kedua orang tua kita walaupun mereka telah tiada di muka bumi ini nanti. Menjaga tutur kata dan menjaga hati mereka amatlah penting untuk mengelakkan kita tergolong dalam golongan derhaka kerana doa ibu kita adalah penawar dan juga boleh menjadi racun yang berbisa.


"Kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan susah payah dan melahirkan juga dengan susah payah. Kemudian, ibu menyusuinya hingga berusia 30 bulan." (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

No comments:

Post a Comment