Pages

Wednesday

Typewriter Hantu???

Memandangkan saya adalah pegawai Pemasaran, jadi agak biasalah apabila saya perlu membawa pelajar ataupun pelawat pergi melawat ke dalam kawasan Port. Jadi satu kebiasaan saya apabila saya akan membawa pelajar pergi ke Marine Tower untuk melihat keadaan Port dari jarak pemandangan bird eye view.

Jadi saya akan berkata kepada pelajar-pelajar dan pensyarah untuk naik mendaki hingga ke tingkat 5. Normally bagi pelajar-pelajar yang tidak pernah datang ke pelabuhan amat berminat dengan pemandangan dan soalan-soalan mereka macam tembakan senapang M16!

After about 30 minutes, mereka akan turun semula ke bawah dan terus keluar dari kawasan Port. Boleh dikatakan saya akan menjadi usherer student-student tersebut. Pastikan tiada yang tercicir. Risau pula ada yang tertinggal susah pula saya nanti. Jadi kebiasannya saya adalah orang terakhir yang turun. 

Hari ini agak mendung dan kelihatan seperti hendak hujan. Keadaan sekeliling pun sudah gelap. Keadaan Marine Tower tersebut agak kelam kerana lampu walkway tidak dipasang. Maklumlah bangunan lama penuh dengan sawang. Seperti biasa saya pun menuruni anak tangga perlahan-lahan. Apabila hampir tiba di tingkat 3, hati saya tiba-tiba berdebar. Makin dekat, makin tak sedap pula hati saya. Tingkat 3 sudah lama kosong dan tidak berpenghuni, tiada pula orang yang menyewa dipejabat tersebut. Semakin dekat, semakin kuat pulak jantung saya ni berdegup!

Tapp.. Tapp..Tappp... Tappp... Tappppp... Bunyi typewriter. Aiseh... Hati saya berdebar... Apa pulak ni? Berderau darah saya. Makin kuat bunyi apabila saya semakin hampir ke pintu di tingkat 3. Tapi saya berpura-pura seperti biasa dan segera menuruni anak tangga kerana mereka semua sedang menunggu saya di dalam bas. Sempat jugak saya menjeling mana tau pintu tersebut terbukak tapi kemas pula ia tertutup. Apabilanaik atas bas, hati saya masih tidak sedap, tapi saya tetap tersenyum kepada pensyarah di dalam bas tersebut. 

Memang ramai pernah berkata, kawasan Port ini agak keras. Ada tempat-tempat yang 'keras' dan ada pula yang tidak digalakkan pergi apabila waktu malam. Ada pula tapak kubur lama yang telah dipindahkan. Jadi sendiri fahamlah apa bendanya itu. Marine Tower ini pun tidak kurang ceritanya. Namun saya hanya bercerita kepada suami apa yang berlaku. Takut nanti ada pula orang yang tidak mahu pergi ke Marine Tower lagi.

Lebih kurang 6 bulan kemudian.

Suami saya mengajak saya mengikutnya untuk pergi print sedikit maklumat menggunakan komputer Papa. Papa saya adalah Chief Pilot di sana jadi saya pun ikutlah dia pergi ke Marine Tower. Seingat saya, pejabat Papa di tingkat 2. Mengikut suami saya, Papa memberitahu, suruh pergi ke tingkat 3. Muka saya terus menjadi pelik. Kenapa nak pergi ke tingkat 3 sedangkan office Papa tingkat 2? Suami saya kata Papa suruh pergi tingkat 3. Saya hairan dan pelik. Isk.. Betul ke ni?!!

Still, saya tetap mengikut suami saya pergi ke pejabat Papa di tingkat 3. Tanpa banyak soal, saya menuruti sahaja. Apabila dibuka pintu, bilik tersebut mempunyai komputer, printer dan meja. Buku-buku dan kertas-kertas berterbangan di dalam pejabat. Umpama tongkang pecah saya lihat. Tetapi air-cond berfungsi dalam keadaan baik. Saya segera duduk di kerusi yang disediakan. Mata saya tetap meliar melihat keadaan sekeliling.

Tiba-tiba.................... Aiseh. Typewriter. Hati saya berdebar-debar. Typewriter. Saya bertanyakan kepada suami, masih boleh pakai ke mende alah ini? Suami saya paling kepala dan berkata, "Tu ada kertas kat tepi ni ada bekas taip. Boleh pakai lah kot sebab terang je huruf tu". Saya pun melihat kertas tersebut dan bertanya siapa pula yang menaip. Suami saya menjawab, "Papa lah kot.. takde orang lain dah duduk office ni sebab bersepah camni". 

Hhehehe... saya pun tergelak... Papa saya memang suka letak barangnya berterabur dan berselerak. Sebab tu office tu macam tongkang pecah. Rupanya selama ini yang saya sangkakan hantu tu rupanya "Hantu Bapak Mertuaku"... hehe.. selama ini, yang menaip adalah Papa rupanya. Tak sangka pulak saya. Berdekah-dekah kami ketawa. Alahaiiiii... Papa... Uzurnya typewriter ni...


No comments:

Post a Comment