Pages

Tuesday

Ketibaan Putera Tercinta

Mohamed Waseem Mikael. Dilahirkan pada 2 Februari, 2011 di Kuantan Pahang. 

Pada permulaan awalnya, doktor memberitahu bahawa bayi saya ini berat dianggarkan sekitar 3.5kg dan boleh dikatakan agak besar untuk bayi yang pertama. Ditambah lagi kata-kata saudara-mara & teman mengatakan seksanya sekira bayi terlalu besar. Sungguh mengerikan!

Walaubagaimanapun, kutabahkan hati apabila hari semakin hampir dan apabila masa yang dinantikan kunjung tiba, berat sebenar bayiku adalah 3.77kg. MasyaAllah, sangatlah besarnya bayiku ini!

Aku sungguh gembira selepas waktu getir telah berlalu apabila saat memangku anak sendiri di pangkuan ku. Hampir menitis air mata ku. Indahnya saat itu, walaupun telah lama berlalu, tetap ku rasakan setiap hari, baru semalam aku menerimanya dari Allah. Saat memangku, dapat kurasakan sangat-sangat kemas dan penuh dalam pangkuanku. Amat berbeza dengan bayi-bayi lain yang kupernah pangku. Mungkin inilah kelainan apabila bayi yang kulakukan sangat sihat.

Kini, Waseem sudah hampir genap empat bulan. Pada dua bulan setengah, Waseem sudah mula pandai membalikkan badannya. Cergas sungguh dirinya. Ku panjat kesyukuran kerana doaku dimakbul Allah s.w.t. Kini dia sudah mengangkat punggung umpama ingin merangkak. Sudah tidak sabar aku ingin mengejarnya nanti. Sudah kubayangkan rumahku akan hiruk-pikuk dengan keletah ketawanya, tangisannya dan jeritan aku dan suami nanti. 

Melahirkan anak yang besar mungkin menakutkan bagi sesetengah wanita, tetapi bagi diriku, sangat indah pengalamannya. Melihat Waseem membesar lebih pantas dari bayi yang lain, saiz pakaiannya mestilah dari 12-18 bulan pada usia baru sahaja 3 bulan; dan panjangnya semakin meningkat lebih awal dari bayi seusianya membuatkan aku benar-benar bersyukur dengan kurniaan Allah. MasyaAllah, indahnya hadiah dari Allah ini. Tak terkata nikmatnya.

Tak sabar aku ingin meminpin tangannya nanti untuk di bawa ke taman permainan, ke rumah nenek-neneknya. Suami dan diriku sudah terbayang akan mula berkejaran di dalam rumah nanti. Pasti ada saja yang akan cuba dicapai, digigit dan dibaling, pantas aku sudah mula menyimpan perkakas yang boleh melukakannya nanti. Mungkin naluri seorang ibu sangat kuat di dalam diriku, apa yang kulakukan, aku akan berfikir dua kali berbanding sebelum ini. Mungkin ini teladan yang kuterima apabila Waseem hadir dalam diriku. InsyaAllah akan kugunakan sebaik mungkin.

1 comment: