Pages

Tuesday

Cinta Hadir Tanpa Disangka

Hebat betul ujian Allah!

Maha suci Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Aku telah ditemukan dengan suamiku di tempat yang paling tidak disangka. Di saat hatiku kekosongan dan inginkan sokongan yang diriku sendiri tidak ketahui di mana harus mencarinya. 

Saat perkenalan apabila disatukan oleh kedua-dua belah keluarga kami berlaku begitu pantas tanpa kami sedari, hari untuk bakal menjadi raja sehari hanya tinggal beberapa detik sahaja. Jauh sungguh aku mengembara mencari cinta untuk dipahat di hati, walaupun sudah banyak tempat dan tanah ku jejak, akhirnya aku redha takdir Allah menyatakan cinta akan datang secara mendadak ditempat tidak disangka. Terima kasih Aiza dan Afendi kerana berusaha memaksa aku pergi ke rumah mak mertuaku untuk berjumpa kali pertama walaupun aku menolaknya beberapa kali. Mungkin jodoh agaknya, akhirnya aku berlembut hati untuk pergi. Aku sangat-sangat bersyukur pergi ke rumah mak mertuaku pada hari itu, kalau tidak aku akan terlepas menjadi seorang isteri yang paling beruntung.

Apabila sudah menjadi isteri, satu persatu aku pelajari untuk menjadi insan bergelar isteri. Sikap diriku satu persatu ku titik beratkan hal-hal suami. Di dalam kepalaku, hanya ada dia. Apa perlu ku masak? Apa perlu ku lakukan untuk membuatnya suka? Ke mana kami akan nikmati masa berdua? Indahnya bercinta apabila sudah bergelar isteri. Apa yang kulakukan, ayahanda dan bonda hanya tersenyum kerana pasti diriku sudah berada di dalam genggaman seorang suami yang mithali dan tiada lagi rasa berdebar apabila aku lewat pulang dari bekerja.

Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah, dikurniakan suami yang mithali, yang penyayang, yang sentiasa mengingati Allah, yang membimbingku ke arah kebaikan untuk menjadi isteri solehah. Bahagianya hati ini, sehingga waktu diriku menulis blog ini, aku senantiasa tersenyum mengingati wajahnya. Satu persatu soalan yang sangat inginku tanya mengenai agama dan akidah, dengan penuh kesabaran dia menjawabnya. Sudah kufahami, Allah ketemukan diriku dengan dia, untuk mengisi kekosongan hati dan kembali kesisiNya sebelum aku terlewat atau tergolong dari orang-orang yang rugi.


  "Ku panjatkan doa, agar kita berdua berkekalan hingga ke akhir hayat, walaupun kita diberi dugaan yang berat mendatang, diriku tetap setia disisimu. Nantikan saya dipintu syurga, Sayang..."

No comments:

Post a Comment