Pages

Monday

Kelantan Darul Naim

Maaf saya katakan sekiranya di pemikiran saya dahulu, bagi saya negeri Kelantan agak naif seperti yang digembur-gemburkan. Mungkin ramai yang seperti saya merasakan pergi ke Kelantan umpama hanya tempat singgah balik kampung. Pertama kali saya balik ke kampung suami saya, ayah mertua saya sangat suka membawa saya berjalan sehingga lembik lutut. :) Rupanya-rupanya rumah kami dekat sungguh dengan never die shopping heaven, Wakaf Che Yeh. Wow!!!

Yang paling buat saya terkejut, nasi berlauk harga RM1.50-RM2.50 dengan pelbagai jenis lauk dan sambal. Kemudian kuih buah melaka, 10 biji baru seringgit, sedangkan di Kuantan ni 6 biji dah seringgit. Memang inilah yang dikatakan food heaven. Harga murah, sedap dan mudah didapati untuk di makan. Maaf sekali lagi sekiranya saya katakan, di Kuantan ini, pilihan sangatlah terhad dan adakala harga agak mahal. Ada masa lebih mahal dari KL.

So below some of the captions yang saya sempat ambil. Enjoy the journey!


Kelantan 1:
Pelbagai pilihan makanan lauk yang dicelup teping dari ikan, sotong, udang dan segala jenis fishball boleh di didapati si Pantai Sri Tujuh, Tumpat.


Kelantan 2:
Di pasar buah ini, banya sungguh pelbagai pilihan buah. Macam fiesta buah pulak bila melihat buat barli, pisang, tembikat, oren, anggur dan pelbagai lagi.


Kelantan 3:
Pantai Sri Tujuh, Tumpat


 Kelantan 4:
Salah sebuah Wat yang terdapat di Kelantan. Orang kata kerajaan Kelantan memang conservative, tetapi saya lihat di sini, apabila berhampiran dengan sempadan Kelantan, banyak sungguh Wat yang terdapat di sini. Dari yang kecil, hinggalah yang paling besar. Yang paling terkenal adalah Sleeping Buddha.


Kelantan 5:
Patung Buddha ini dikatakan mempunya bibir yang disaluti emas.


Kelantan 6:
Pantai Cahaya Bulan


Kelantan 7: 
Salah sebuah tempat perlancongan di tengah-tengah bandar Kelantan. Indah sungguh pemandangan.


Kelantan 8:
Yang tinggi gah itu dikatakan adalah sebuah pasar baru bagi menggantikan pasar Siti Khadijah yang sudah penuh.


Kelantan 9:
Segala jenis fishball ini boleh di dapati di Rantau Panjang ataupun Pengkalan Kubur. Fishball ini akan di 'grill' di atas panggang yang serupa dengan sate selama beberapa minit dan di makan bersama dengan sauce manis Thailand. Memang sedap. Pada mulanya saya hanya beli satu, selepas masuk kereta baru saya makan dan MasyaAllah, sangatlah sedap! Malangnya nak pergi balik ke gerai itu sangat jauh perjalanannye. So next time, definitely akan borong besar. :)


 Kelantan 10:
Apakah ini? Ini bukan tokong sebaliknya ini adalah Masjid yang mempunyai reka bentuk seperti tokong.


Kelantan 11:
Pasar Bulat Siti Khadijah menyediakan pelbagai barangan basah dan kering, barangan untuk berkahwin, makanan, kuih muih, barangan dapur dan pelbagai lagi. Jangan lupa singgah ye!


Kelantan 12:
Nampak tak penutup yang bewarna-warni bercotak bunga? Itu adalah pelbagai barangan jeruk seperti jeruk petai, ikan masin jeruk, telur penyu, dll.


Kelantan 13:
Di tingkat 1 di pasar ini, terdapat pelbagai jualan gerai makanan. Paling seronok bila melihat ketam dan udang yang sangat besar digoreng dengan kunyit ini, boleh didapati dengan harga yang berpatutan!


 Kelantan 14:
Segala jenis kuih muih boleh didapati di tingkat bawah.


Kelantan 15:
Ingat tak apa ini? Kukur kelapa. Di Kelantan, masih boleh didapati. Teringat kenangan bersama kukur kepala ini semasa kecil, hampir terluka. :)


  
Kelantan 16:
Stok kain kat pasar bulat Siti Khadijah ni memang banyak. Dari sejadah, telekung, kain sutera hingga ke kain pasang, memang banyak sungguh pilihan untuk mereka yang bertandang ke Kelantan.




No comments:

Post a Comment