Pages

Tuesday

Honeymoon Langkawi!

Kami berdua honeymoon ke Langkawi pada new year 2010. We both naik Air Asia ke Langkawi for the very first time as husband and wife. Memang seronok bila kita pergi bersama orang tersayang. Tak rugi saya pilih destinasinya walaupun agak jauh. Sekiranya menaiki bas dari Kuantan, dianggarkan lebih 12 jam sebelum sampai ke jeti Kuala Perlis. Penat, tapi berbaloi!

Boleh dikatakan makanan di sana masih murah seperti di Kelantan. I am a beach freak and of coz, tepat sekali pilihan saya. Hubby pun sukakan laut jadi kami berdua had a very good time together. 

Langkawi ini boleh dikira as a complete holiday package sebab kalau ingin berehat mencari ketenangan pun sesuai dan untuk beriadah di tempat-tempat istimewa pun banyak Pilihan sama ada motor atau kereta untuk di sewa juga mudah untuk didapati, cuma kalau school holiday season, tempahlah awal ye. Nanti tidur di tepi pantai pulak.

Kalau ada kelapangan nanti, pasti kami akan berkunjung lagi ke Langkawi especially untuk memborong chocolate Milka, Strawberry flavour. Superb! 
Happy Holiday people!



 
Langkawi 1:
 Jelapang Padi. First visit we di Langkawi. Dekat dengan Pantai Chenang.

Langkawi 2:
So happy. Kami sampai early morning first flight dari KL. So pagi-pagi dah nikmati tempat yang indah dan tenang.


 
 Langkawi 3:
View Pantai Chenang. Relaxation betul!


 Langkawi 4:
Telaga Mahsuri. Biasanya, tidak lengkap jalan-jalan di Langkawi sekiranya tidak singgah di Makam Mahsuri.


Langkawi 5:
Makam Mahsuri. Al-Fatihah.

Langkawi 6:
Dataran Lang di bandar Kuah. A huge landmark of Langkawi. Sangat cantik!

  
Langkawi 7:
Inilah bot yang kami naiki untuk Island Hopping. Jangan lupa ya. Untuk kaunter tiket, boleh mudah didapati di sepanjang Pantai Chenang.
 
 Langkawi 8:
Di sini tempat bermula untuk menaiki bot untuk Island Hopping. Inilah peluang untuk melihat pulau-pulau kecil di sekitar Langkawi.


 
Langkawi 9:
Bila naik bot, tengok ke belakang, boleh nampak Awana Porto Malai yang tersergam cantik.


 Langkawi 10:
Pulau Beras Basah. Syok gila tengok air kat sini. Memang cantik dan jernih air laut. Boleh nampak kaki di dasar lautan. Gambar ini original ye. No edit!


Langkawi 11:
Pulau Beras Basah. Air pun melambangkan air di sini sangatlah bersih.



Langkawi 12:
Pulau Dayang Bunting. Nampak tak shape perempuan mengandung sedang baring?


Langkawi 13:
Pulau Dayang Bunting ini mempunyai haiwan yang sangat jinak seperti monyet ini tidak kisah orang yang sedang lalu lalang. Janji ada diantara orang-orang di situ yang memberi makanan.


Langkawi 14:
Nampak tak ikan apa tu? Ikan keli yang berbisa tu. Sangat jinak bermain di kaki pengunjung dan rasa sangat-sangat mengglikan apabila bersentuhan dengan badan mereka.



Langkawi 15:
Air Terjun Telaga Tujuh. Pendakian sangatlah dasyat bagi mereka yang tidak pernah mendaki bukit walaupun tangga disediakan. Pemandangan sangat indah menanti mereka bagi mereka yang berjaya mendakinya.


Langkawi 16:
Ia mungkin di panggil telaga kerana terdapat satu kawah berbentuk seperti telaga yang membolehkan pengunjung beristirehat di dalam air.


Langkawi 17:
Petronas. Tak ingat apa namanya. Tetapi berhampiran dengan Telaga Harbour Park. Cuma ini yang berhampiran dengan stesen minyak Petronas. Any idea apa nama?


Langkawi 18:
Banyak yatch di sini.


Langkawi 19:
Kat sini boleh tengok sahaja. Tapi tak boleh enter sebab perlukan pass code.


Langkawi 20:
Memang cantik pemandangan di sini. Pokok kelapa tu buat mata rasa nak tidur je. :)


Langkawi 21:
Cable Car di Gunung Mat Cincang. Memang thrill kalau tak pernah naik cable car. Rasa gayat pun ada jugak. Dari mula hingga sampai atas asyik berdoa saja. Tapi bila dah sampai atas, memang teruja. Wow!!!


Langkawi 22:
Kebetulan waktu kami pergi sudah petang, jadi tidak ramai orang yang sedang menanti untuk menaiki cable car. Rasa gayat di atas ni. Bila angin kuat, rasa pulak bergegak. Tapak kaki terasa geli. Tapi pemandangan memang awesome!


Langkawi 23:
Tengok pemandangan di belakang tu? Syok kan? :))


Kami pergi untuk 3D/2N di Langkawi menaiki penerbangan Air Asia. Bertolak pada awal pagi dari LCCT di Sepang dan balik dengan last flight dari Langkawi. Walaubagaimanapun rasa macam tidak cukup masa untuk pergi melihat banyak tempat-tempat yang menarik. Rasanya kami sempat dalam lebih kurang 70% sahaja tempat yang kami lawati. Tapi definitely kami akan datang semula.

We miss you Langkawi!

























No comments:

Post a Comment