Pages

Tuesday

Siti Nur Aesyah Mohd Anis Fadhli

Siti Nur Aesyah binti Mohd Anis Fadhli dilahirkan pada 26 Februari 2002 di Kuantan, Pahang. Anak pertama dari dua beradik ini seorang yang sangat istimewa di kalangan keluarga kami. Penglibatannya di dalam arena Wushu pada usia yang awal menjadikan dia satu-satu anak jati Melayu pertama yang menjejaki sukan yang dimonopoli oleh bangsa Cina.

Kekuatan dan kekentalan jiwa dalam mendalami ilmu Wushu ini menjadikan Aesyah salah seorang atlit Pahang yang semakin menyinar. Beliau yang bersekolah di SRJK (C) Taman Tas turut menyatakan untuk bercita-cita menjadi seorang ahli politik, mengikut jejak arwah nendanya iaitu Datuk Hajah Mahimon Harun. Beliau juga fasih dalam bahasa Mandarin menjadikannya lebih istimewa dan memudahkan sesi pembelajaran dalam acara Wushu.

Beliau berhasrat untuk menyumbangkan pingat emas buat pasukan negeri pada temasya Sukan Malaysua (SUKMA) ke-13 tahun hadapan. Beliau yang berlatih selama dua jam, lima kali seminggu yakin mampu memperbaiki kedudukan dalam temasya Wushu akan datang.

Adiknya pula, Sayeeda Khadeeja juga sudah mula berjinak dalam sukan Wushu ini sekaligus menjadikan adik-beradik ini sebagai contoh kepada anak watan Melayu bahawa kita boleh meneroka sesuatu yang baru untuk menjadikan kita yang terbaik dan tidak hanya terkongkong dalam skop 'Melayu' dalam menjadikan diri kita lebih menyerlah.

Walaupun beliau pernah menyertai untuk beraksi di pentas antarabangsa ketika Kejohanan Wishu Terbuka Malaysia Malaysia dan Kejohanan Wushu Remaja Antarabangsa mengakui masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan memperbaiki untuk meningkatkan prestasi diri, khususnya bagi acara 'Nanquan'. 

Kehadiran jurulatih yang berpengalaman luas dan tegas menjadikan Siti Nur Aesyah lebih berdisiplin dalam menjalani sesi latihan harian. Di tambah pula keiinginan dan berkat sokongan keluarga, beliau pasti mampu menyemarakkan lagi nama tanah air dan keluarganya dengan begitu gah di arena antarabangsa.

"We always support and proud of you, Aesyah!"




2 comments:

  1. alhamdulillah.. =)

    ReplyDelete
  2. Kecik2 lagi dah pandai.. superb!!! all the best aesyah :)

    ReplyDelete