Pages

Tuesday

Menjadi Seorang Ibu Buat Pertama Kali

Detik pengalaman ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh mana-mana wanita yang bergelar. Apabila pertama kali mengandung zuriat sendiri. Indahnya kurniaan Allah s.w.t. ke atas manusia bergelar wanita. Boleh dikatakan, jika tidak melaluinya, memang rugi!

Saya adalah wanita yang pertama kali menjadi seorang ibu. Saat mengandung, pelbagai dugaan saya lalui untuk mengetahui selok-belok menjaga kandungan dengan baik. Membaca pelbagai doa-doa dan melakukan pelbagai solat sunat. Memang bukan perkara mudah, apatah lagi banyak yang dilarang oleh orang-orang tua. Seperti wanita-wanita lain, saat yang paling melemaskan ialah apabila di dalam keadaan mabuk dan kepenatan. Mata pula semakin hari semakin layu. Tetapi hati ini semakin tersenyum apabila semakin hari semakin hampir saat bertemu si 'dia'. Sudah tidak sabar-sabar pula ingin memegang jari-jemarinya, menciumnya dan memeluknya. Indah sungguh pertemuan pertama itu. Setiap hari Isnin pagi, aku akan pastikan aku membaca Pregnancy Calendar di http://www.womenshealthcaretopics.com/pregnancy_week_by_week.htm untuk mengetahui kisahnya.

Semasa di 'labor room', sakitnya semakin lama semakin hampir. Walaupun darah yang turun dahulu pada 1 Feb, tetapi, sakitnya hanya datang pada pukul 11 pagi, 2 Feb. Hati semakin berdebar apabila semakin hari semakin hampir waktunya. Bibir terasa kekeringan, air zam-zam diberikan oleh bonda & air selusuh berkat doa suami tercinta, di berikan buat penghilang kehausan diri ini, namun hati saya tetap tidak sabar melihat wajah si dia. Keiinginan yang sangat tinggi ini ku jadikan sebagai kekuatan mengharungi kesakitan untuk berjumpa permata hati. Janji Allah ku yakin sepenuh hati, untuk melihat yang terbaik, kesakitan dan keperitan harus ku lalui. InsyaAllah.

Saatnya telah tiba waktunya, Alhamdulillah berkat doa suami dan keluarga tercinta, kekuatan yang hadir dalam diri ini tidak ku ketahui dari mana, tapi yang pasti apabila tiba masa untuk ku 'push', telah ku katakan pada diriku ini, "Hari ini hari yang terindah untuk berjumpa dengan si dia, jadi kuatkanlah hati dan diri engkau untuk mengharungi saat ini". Orang-orang tua kata, saat ini, nyawa boleh terputus, namun aku tidak mahu mengalah. Ku tetapkan hati ini untuk berjumpa si dia, walaupun aku ditakdirkan untuk menutup mata selamanya.

Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah, apabila dia sudah berada di pangkuan ku buat pertama kali. Ku tatap wajahnya penuh kesyukuran dan keinsafan. Ku berjanji,

"Mummy tahu Mummy bukan hamba Allah yang sempurna tapi Mummy akan cuba berikan segalanya sepenuh jiwa dan raga, walaupun ada hari hidup kita dilanda badai, tapi tidak akan Mummy lalaikan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah kerana Sayanglah cinta permata Mummy dan Daddy".

Terima kasih Allah ^_^


No comments:

Post a Comment