Pages

Tuesday

Trip to Berkelah

 Air Terjun Berkelah - pernah kecoh kerana salah satu destinasi air terjun yang mempunyai penyakit air kencing tikus. Walaubagaimanapun, kami pernah singgah suatu ketika dulu. Tetapi itu sebelum kecoh penyakit tersebut. Enjoy foto yang saya snap, just to view and admire Allah yang maha kaya.


 Berkelah 1:
Sebahagian tempat yang mempunyai anak air terjun. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.



 Berkelah 2:
Air dia memang cantik. Walaupun air yang senantiasa mengalir, tetapi warnanya hijau dan airnya cukup nyaman.


 Berkelah 3:
Tempat kami melepak beramai-ramai sambil berehat dalam air. Best!
 

Berkelah 4:
Dari pandangan jarak jauh, memang cantik.


Berkelah 5:
Memang syok tengok air turun dengan perlahan. Bahagian yang ini dah kira airnya perlahan. Di bahagian atas yang memerlukan sedikit pendakian, memang air terjunnya besar dan agak dalam.


Berkelah 6:
Tempat yang ini macam landskap yang dibuat-buat pulak.


 Berkelah 7: 
Part of the trip kene mendaki untuk sampai ke bahagian yang tinggi dan air terjun yang lebih besar. Tetapi janganlah mandi sekiranya tiada pengalaman berenang kerana agak dalam dan arus kuat.


Berkelah 8:
Tempat yang ini dalam perjalanan mendaki. Tetapi tiada orang mandi di sini kerana air ini seperti tidak mengalir.


Berkelah 9:
On the way mendaki, terdapat jalan yang dilitupi seperti 'tunnel' oleh pokok buluh ini. Sangat-sangat cantik!


 Berkelah 10:
Jalan untuk mendaki, agak mencabar apabila semakin hampir. Tapi disebabkan kami boleh mendengar bunyi air terjun yang turun kuat, kami tabahkan diri untuk mendaki.


 Berkelah 11:
Air terjun berkelah yang tinggi. Di sini ada disediakan wakaf untuk berehat tetapi ruangnya agak sempit dan of coz pakai konsep siapa cepat dia dapat. Selamat Mendaki!




No comments:

Post a Comment